Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra
4) MARIKH
Marikh merupakan planet yang keempat letaknya dari Matahari dalam Sistem Suria. Marikh terkenal dengan warna permukaannya yang merah apabila dilihat dari langit, terutamanya pada waktu malam. Ia mempunyai 2 satelit iaitu Phobos dan Deimos. Kedua-dua satelit tersebut menyerupai asteroid.
5) MUSYTARI
Musytari ialah planet kelima dari matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria.
- 6) ZUHAL
Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
7) URANUS
Uranus merupakan planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria.
8) NEPTUNE
Neptun merupakan planet kelapan dan planet paling jauh jika diukur dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet keempat terbesar berdasarkan diameter (49,530 km) dan planet ketiga terbesar berdasarkan jisim, yakni 17 kali lebih besar daripada Bumi, dan sedikit lebih besar daripada Uranus.
Terima kasih kerana membaca sehingga penghujung. Saya berharap rakan-rakan semua dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang luas tentang sistem suria.
No comments:
Post a Comment